TOK KHURASAN (1875-1944) – petikan dari Ensiklopedia
Malaysiana Edisi 1996 Jilid 13 m.s. 134-135


 

Ulama Islam yang terkenal. Beliau dilahirkan di Bhafar (Baffa), Pakistan kira-kira pada tahun 1875. Nama sebenarnya Abu Abdullah Sayid Hassan bin Nur Hassan.

 

Beliau mempunyai lapan orang adik beradik tetapi empat orang daripada mereka mati dalam usia yang masih muda. Yang hidup sampai tua ialah Khurhanam (perempuan) dan Imam Hasan.

Kemahuan yang mendalam bidang agama mendorong beliau ke India untuk menuntut ilmu agama.

 

Kebolehan Sayid Hasan menguasai banyak bahasa amat mengkagumkan. Antaranya ialah bahasa-bahasa Fukhton atau Fuston (Afghan), Parsi, Arab, Urdu (campuran Sanskrit-Arab­Parsi), Sastri (Hindi), Gurmuki (Sikh), Jepun, China, Siam, Inggeris, Melayu dan beberapa loghat di Semenanjung Deccan seperti Pushtu (Pakistan) dan Kathlawar (Bombay). Anehnya beliau tidak pernah menulis dalarn bahasa Afghan, iaitu bahasa ibundanya sendiri.
 

 

Apabila uslanya meningkat 20 tahun (sekitar 1895) Sayid Hasan pulang ke Bhafar (Baffa) dan berkahwin dengan Qasimjan, sepupunya. Pasangan ini dikurnia lima orang cahayamata ialtu Abdullah, Ayyub, Kalthum, Maimunah dan Asma. Selanjutnya beliau pergi berdakwah di Cape Town, Afrika Selatan. Selepas tiga tahun pulang ke Paskitan, didapati isterinya telah meninggal dunia.

 
 

Kernatian Qasim Jan mendorong beliau untuk pergi menunaikan rukun Islam yang kelima. Tidak beberapa lama selepas itu Sayid pun bertolak ke India sambil mencari kapal yang akan membawa jemaah haji ke pelabuhan Jeddah.
 

 

Sayid Hasan kembali ke Kelantan sekitar tahun 1911/1912. Usianya ketika itu sudah menjangkau 37 tahun.
 

 

Sayid Hasan kemudiannya berkahwin dengan Siti binti Uthman yang berasal dari tepi sungai bandar Pasir Mas pada malam jumaat 21 Mei 1915. Hasil perkongsian hidup dengan Cik Siti (meninggal kira-kira 1966), dikurniakan enam orang lagi anak iaitu Zaharah, Taib, Shuaib, Halimah, Hafsah dan yang sulung meninggal semasa dilahirkan.
 

 

Sekitar tahun 1920 beliau berpindah menetap di Bawah Lembah Kampung Sireh, Kelantan. Di sini beliau mengajar dengan bersungguh-sungguh, bertempat di atas sebuah bangsal berlantai buluh yang didirikan berhampiran dengan Surau Dar al-Hadith al-Khurasaniah (bangunan surau ini masih kekal sampai sekarang).
 

 

Dalarn bidang pengajarannya Sayid Hasan lebih cenderung mengajar kitab-kitab hadith Sunan Sittah yang terdiri dari Sahih al-Bukri, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Turmudzi, Sunan Ibnu Majah dan Sunan al-Nasai. Bagaimanapun bagi mereka yang baru belajar, terlebih dahulu beliau memperkenalkan kitab Mishkat al-Masabih setebal 628 muka. Kemahirannya bukan setakat bersyarah pengertian matan, malah dapat menghuraikan kaedah mengenai sanad bagi mengetahui sahih tidaknya sesuatu untaian atau rangkap hadis yang dikupasnya itu.

 

Tidak banyak hasil karya Sayid Hassan yang boleh diwarisi lebih-lebih lagi yang bercetak kerana beliau tidak suka memperdagangkan ilmu. Namun dari beberapa sumber dapat diketahui buah fikirannya bersifat sejarah, falsafah, nasihat dan ilmu alat.
 

 

Antara yang paling masyhur ialah manuskrip berbahasa Arabnya yang berikut:
 

 

• AI-insaf (29julai 1932).

• Mizan al-Adyan

• Mengenal ilmu Nahu dan Saraf.

• Mengenai ilmu Mantiq.
 

 

Selain dari apa yang disebutkan adalah dipercayai masih terdapat beberapa lembaran tulisan tangannya yang tersimpan dalam simpanan keluarga, murid-murid dan rakan-rakan kenalan yang tinggal bertaburan di dalam dan di luar negeri Kelantan.
 

 

Sayid Hassan meningggal dunia pada waktu fajar hari Isnin 4 September 1944.
 

 

Upacara pengkebumian J'enazah Tok Khurasan mendapat perhatian yang besar daripada masyarakat setempat. Beliau dikebumikan di pusara Limau Manis, iaitu di luar pagar Kota Darul Naim sekarang.

 (Baffa) - pembetulan oleh pengarang web